Bila kita becakap mengenai kehidupan, banyak yg kt boleh huraikan dan simpulkan. Setiap kehidupan memberikan banyak pengertian kepada setiap individu samada yang zahir atau pun batin. Makna kehidupan bagi diri aku terlalu besar, melalui kehidupan aku mengenali diri sendiri, adik beradik, teman dan sahabat serta masyarakat. Kadangkala kite mnilai manusia melalui gerak laku, personaliti dan juga melalui cara percakapan yg kt boleh takrifkan sebagai pskilogi kendiri. Aku sebenarnye belom layak untuk menilai apa itu kehidupan yg sebenar, tetapi sedari aku brusia 1 hari sampailah saat ini berbagai-bagai pengalaman, pengajaran dan juga penyesalan yg aku dh lalui dan masih jauh lagi jalan aku untuk mengenal kehidupan sebelum aku menemui kehidupan yang abadi di sisi yg Maha Esa.
Pahitnya rasa bila dikecewakan, sedih dan sakitnya bila dikhianati dan juga manisnya sebuah kenangan membentuk satu jalinan rantaian kehidupan yang seimbang buat dri kt sbg seorang manusia yg indah ciptaannya di sisi tuhan. Oleh itu setiap yg berlaku usah rasa putus asa kerana roda itu akan sentiasa berpusing dan hanya akan berhenti bila seseorg itu tidak lagi meneruskan sebuah kehidupan di bumi tuhan ini. Nikmatilah setiap kehidupan yang direncahkan dengan perjalanan dan juga pengalaman untuk mencipta sesuatu yang indah pada pengakhirannya.
Hiduplah sebagai hambaNYA, sebelum dihidupkan dlm derhaka padaNYA.
SALAM RAMADHAN
4 RAMADHAN 1430
25 OGOS 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan